Container Icon

siapa lebih baik??

sejak kecil, bila sebut komunis, terdetik di hati , mesti ganas dan jahat.
Russia biasanya akan ditampilkan dalam bentuk yang sungguh ganas. Askar Us pula ditampilkan sebagai tentera yang baik hati, rasional dan cerdik. Sejak dari kecil kita ingat komunis, perampas dan tiada agama tetapi bila dah besar, membaca, mengkaji baru rahu realiti.

Kita ni hanyalah buah catur yang dimainkan oleh beberapa kuasa besar dunia. Tanpa pemahaman dan kajian yang mendalam, kita akan terperangkap dengan pelbagai istilah yang diperkenalkan kuasa-kuasa besar. Islam juga sinonim dengan pelbagai istilah...ekstrem, fundamental dll.

Ekonomi kapitalis vs sosialis

Kapitalis: andaian manusia sentiasa mementingkan sendiri amat penting. ia adalah nadi yang memberi motivasi kepada seseorang individu untuk menjangka dan meningkatkan kebajikan ekonomi.Mereka juga beranggapan pasaran bebas lebih menjaga kebajikan negara. Dalam sistem ini, akan wujud tangan yang mengatur ekonomi dan kaki yang memijak tangan tersebut. Lalu wujudlah golongan orang yang kuat menindas golongan yang miskin. Kesannya wujud agihan ekonomi yang tidak seimbang dalam negara kapitalis

Sosialis: respon daripada situasi di atas, sosialis bertindak memiliknegarakan semua pengeluaran ekonomi dengan andaian penindasan terhadap ekonomi individu dapat dihapuskan dan kebajikan masyarakat dapat dicapai dengan lebih baik.


Sebenarnya kapitalis atau sosialis, kedua-duanya tidak berpaksi kepada ajaran Islam. Kedua-duanya menjurus kepada ketidakadilan ekonomi dalam masyarakat. Berbeza dengan ekonomi Islam.

Islam mengiktiraf hak asasi setiap individu untuk berharta dan bersaing secara bebas dalam pasaran. Perbuatan merampas dan memiliknegarakan harta tidak selari dengan syariat Islam. Tetapi individu tidak boleh bebas berkehendak semata-mata kerana konsep al-falah ditekankan iaitu kecemerlangan di dunia dan akhirat. Oleh itu, perlu memenuhi keperluan manusia, bukan memanipulasi kehendak manusia. Bukan mementingkan diri sendiri semata-mata tetapi turut mengambil kira kepentingan orang lain.

( sumber: ekonomi islam, suatu pendekatan analisis: jaafar ahmad dll)

Realiti di Malaysia, kita mengamalkan sistem kapitalis semenjak kemasukan British ke Tanah Melayu. Sistem ini telah menjadi darah daging kepada amalan ekonomi di Malaysia. Mengubah sistem ini dalam jangka masa pendek adalah mustahil. Buktinya, kita ada perbankan Islam tetapi masih bernafaskan sistem kapitalis. Nampak sangat Islamik tetapi praktisnya masih berbau kapitalis.

Oleh itu, merubah sistem memerlukan pendekatan bergenerasi. Setelah habis kesemua generasi yang berotak kapitalis, barulah sistem Islam dapat diimplementasi dalam konteks sebenar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS