Container Icon

Membina kerukunan rumahtangga

Alhamdulillah..tadi sempat bersiaran di TV9 dalam rancangan Tanyalah Ustazah. Topik hari ini ialah membina kerukunan rumahtangga. Saya bukanlah orang yang layak kerana baru 2 tahun umur jagung tapi sekadar berkongsi ilmu dalam proses pencerahan jiwa.

Isi program tadi ialah:

1. konsep keluarga islam adalah keluarga kecil dan keluarga besar. asas pembentukan- perkahwinan yang halal. Fitrah manusia berpasangan lalu lahir daripadanya anak dan cucu. Allah titipkan perasaan cinta dan kasih sayang sebagai tanda kekuasaanNya. Cinta kudus keluarga ini bukan sahaja berlangsung untuk maksud dunia tetapi juga untuk maksud kekal bersama di akhirat.

2. Keluarga dalam Islam sangat unik sebab mempunyai sistem keluarga besar yang menyokong di antara satu sama lain. buktinya; Islam mempunyai sistem faraidh, tanggungjawab nafkah dan hadhanah yang sistematik


3. Pembentuan keluarga bermula daripada pemilihan jodoh. mekanisme dan kriteria yang dipilih bakal memberi kesan kepada kehidupan seterusnya. mekanisme merujuk kepada cara yang halal. bercinta sebelum kahwin harus berlangsung atas dasar perkenalan dan logik pemilihan, bukan atas maksud melempiaskan cinta+nafsu= aktiviti bilik tidur. Bercinta sebelum kahwin adalah superficial dan cinta nafsu gelora berlangsung selepas kahwin kerana nafsu(ghirah) adalah fitrah tapi harus melalui proses yang halal. Kriteria pula harus mengikut sunnah nabi. Memilih jodoh kerana harta, keturunan, kecantikan dan agama. hak memilih jodoh terletak pada tangan lelaki mahupun perempuan. Perempuan sangat perlu menitikberakan pemilihan kerana mereka bakal berada di bawah naungan suami

4. Peranan suami dan isteri berbeza selaras dengan fitrah kejadiaannya. Fitrah sesorang suami yang mempunyai kekuatan IQ menjadi ketua yang mengemudi perjalalanan dan halatuju keluarga. Seorang isteri pula yang mempunyai kelebihan EQ pula sesuai menjadi suri rumah a.k.a. raja di rumah, melahirkan, mendidik dan mengawal urusan rumahtangga. mengenali perbezaan peranan dan karakter sangat penting untuk kerukunan rumahtangga. Seorang suami harus berusaha menjalankan tanggungjwabnya walaupun dalam keadaan terdesak spt susah, tidak ada pekerjaan dll. Si isteri pula harus juga melaksanakan tugas hakikinya walaupun terpaksa keluar bekerja membantu suami. Fitrah ini harus dikekalkan untuk kelangsungan kekuatan ummah itu sendiri, bukan untuk kepentingan diri-sendiri semata-mata.

5. Suami, anak dan isteri adalah pinjaman. Apanbila sampai masa, kesemuanya harus dipulangkan kepada pemilik hakiki iaitu Allah. Setiap manusia akan menghadapi ujian spt. suami ingin berpoligami. pedih seperti gunung menghempap dada. tapi percayalah....kebahagiaan manusia bukan terletak pada kesempurnaan kehidupan pada kaca mata manusia(mempunyai anak, suami dan nikmat dunia yang sempurna) tetapi ia milik hamba yang berupaya mengahrungi setiap ujian Allah dengan penuh ketenangan. Analoginya bersalin itu sangat menyakitkan tetapi terpaksa juga untuk mengharungi sakit kerana inginkan hasil yang sungguh indah iaitu seorang anak

6. setiap keluarga mempunyai nadi yang hidup. asas nadi terletak pada hati ahli keluarga. makanan hati ialah iman. manakala hati dikaitkan dengan akal untuk merealisasikan iman dalam kehidupan sebenar. makanan akal pula ialah ilmu. justeru iman dan ilmu adalah makanan yang boleh membantu keluarga membezakan realiti haq dan bathil.


Harap perkongsian ini dapat menjadi pedoman untuk saya juga rakan-rakan

yang dhaif di sisi Allah
ASMA' Husin

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

shawal said...

alhamdulillah, berjaya juga saya merungkai tentang kerukunan rumahtangga, saban hari setelah mengikuti program puan, hati saya spt tersentak tentang tanggungjawab didlm institusi keluarga. semuanya ada peranan masing2.Tanggungjawab suami, Isteri dan anak2, dan yang paling berkesan apabila saya melakarkan flowchart tentang apa yg puan sampaikan. Ya, sangat bermakna pada saya. Harap puan teruskan usaha yg murni itu. Syukran jazilan. -Syawal

Post a Comment