Container Icon

Bumi Acheh, bumi keinsafan

Seusai lawatan ke ACHEH

Hari pertama aku menjejakkan kaki ke bumi Acheh, terasa seperti pulang ke kampung sendiri. Cara berpakaian, suasana mirip kampungku Pattani. Oleh kerana kehadiran kali ini lebih kpd lawatan kerja, maka hari pertama dihabiskan dengan ronda2 sekitar kesan tsunami. Antara tempat yang dilawati, kapal apung yang terlantar atas rumah, kapal generator eletrik seberat 600 tan yang telah terangkat ke darat dan tak mungkin kembali lagi ke tempat asal, muzium tsunami yang Islamik. dll.


Lawatan kerja kali ini adalah sempena jejak manuskrip yang dilakukan oleh Pusat kajian Manuskrip, CITU, UITM, Shah Alam. Seramai 28orang termasuk 4 kanak2 menyertai lawatan ini.

Ia adalah satu perjalanan yang menginsafkan, melihat kesan tsunami setinggi 15km yang telah membadai dan menghancurkan rumah serta memakan korban sekitar 250000 orang dalam sekelip mata shaja. Aku tidak dapat membayangkan andainya aku berada di situ. Dapatkah aku survive? mampukah aku bertaubat?

Mengikut cerita salah seorang supir kami, boy, hanya dia seorang yang survive dalam tsunami tersebut. Ketika kejadian, beliau dan ahli keluarga berteduh di masjid, tapi kemudiannya air deras datang dan menghanyutkan semua orang. Ketika itu, dia yakin itu adalah saat kiamat. Kemudiannya dia pengsan ketika digulung air tsunami. Apabila berada di atas gulungan tersebut, dia tersedar dan memandang ke arah langit. Ketika itu, dia sedar itu bukan tsunami, barulah dia berusahamenyelamatkan diri. Tapi setelah semuanya selesai, semua ahli keluarga termasuk isteri dan anaknya meninggal dunia. Hampir setahun beliau trauma dan hampir gila. Dia sangat rapat dengan kami, sehinggakan bila ingin berpisah pada hari terakhir, dia begitu sedih sekali dan bergenang air mata.

Seorang lagi supir kami, saya tak ingat namanya, menyelamatkan diri dengan berpegang di pokok assam. Dia berada di atas pokok berjam lamanya kerana tak berani turun. pak Fikri, agent travel kami pula, berjaya menyelamatkan diri dengan berlari dan memanjat belakang lori. Lori tersebut tidak terbalik kerana terlampau ramai orang di atasnya. Kerana itu, dia selamat.

Lagi kisah tsunami... salah seorang anggota rombongan kami telah diamanahkan oleh ayah mertuanya yang tidak percaya bahawa air tsunami tidak memasuki masjid raya baiturrahman. lalu beliau telah berjumpa dengan siak masjid untuk memastikan kesahihan cerita tersebut. subhanallah... kebenarannya ketika kejadian tsunami, tidak setitikpun air tsunami masuk ke atas lantai masjid. air di luar pagar sangat deras, menghanyutkan pelbagai sampah sarap. Tetapi ia menjadi perlahan apabila masuk perkarangan masjid.

Subhanallah... sebenarnya dahulu ketika zaman kegemilangan Acheh pada abad 16 selepas tamadun Melaka, masjid baiturahman, Acheh merupakan pusat pengajian ilmu. Di sekeliling masjid tersebut ada 16 fakulti termasuk dar al-harb, iaitu fakulti peperangan.   Begitulah lazimnya fungsi masjid ketiga zaman kegemilangan Islam.

Baiklah kita terus beralih kpd hari kedua. Sehari kami berseminar di IAIN(Institut Agama Islam ar-Raniri, Banda Acheh). Pelbagai isu dikupas berakaitan manuskrip. Jelasnya Acheh mempunyai banyak peminat manuskrip. di sana ada library persendirian yang mengumpulkan manuskrip. menurut pemerhatian aku, Malaysia tidak mempunyai budaya tersebut. Satu lagi pengajaran yang diperolehi, jauh sekali perbezaan pensyarah di sana dengan pensyarah kita. Mereka betul-betul menumpukan kepada pengkayaan akademik. mungkin faktor kesusahan hidup, perjuangan Islam dll.

Sebenarnya ACHEH berbeza dengan Indonesia lain. Mereka telah berjuang sekian lama menuntut kemerdekaan atau kuasa autonomi dari Indonesia. Masyarakat di sini terdiri daripada pelbagai bangsa. Ada yang mengatakan ACHEH adalah akronim kpd A-Arab, C-Cina, E-Eropah, H-Hindia. Justeru masyarakat di sini juga ada pengaruh pelbagai bangsa malah ada yang berMATA BIRU. Masyarakat Acheh suka berniaga dan tinggi semangat keislaman. Sebelum tsunami, mereka hidup tidak aman, seperti Pattani sekarang. Kejadian tembak berlaku hampir setiap hari. Tetapi takdir Allah, selepas tsunami, GAM(GErakan ACheh Merdeka) telah berdamai dengan kerajaan Indonesia. Dalam beberapa pilihanraya yang dilakukan setakat ini GAM telah menguasai pentadbiran Acheh. Pada hari ini, Acheh telah mendapat kuasa autonomi. Mereka juga menjalankan undang2 Islam walaupun tidak sepenuhnya. Mereka masih lagi mengambil pendekatan lembut. Bidangkuasa undang2 Islam ialah khalwat, judi dan arak. hukumannya antara 8-20 sebatan yang dilakukan di hadapan orang ramai. Setelah hampir sepuluh tahun, sukar untuk mencari orang judi ayam, kerana mereka takut dan malu disebat di depan orang ramai.

Indahnya susana syariat di Acheh. Pengalaman aku sendiri bersama kawan2 perempuan yang lain berjalan untuk shopping cenderamata sekitar 10 malam. Keadaannya sungguh selamat, tidak ada pencopet, pengacau dll. Malah ketika kami setiap pagi berjalan kaki untuk solat subuh di masjid baiturrahman dari hotel, aku sempat melihat perempuan berjalan dengan selamatnya seorang diri.

Di sebelah petangnya, selepas seminar, kami menuju ke pesantren Tanah ABe untuk melihat sendiri manuskrip yang dikumpulkan secara persendirian di sana. caranya sangat tradisional. manuskrip disimpan dalam envelope dan diletakkan cengkih dan lada hitam untuk preserve manuskrip tersebut. Bila tiba disini, aku teringat, ketika aku ke Qum, Iran. Di sana ada lebih kurang 20000 library persendirian. Ia menunjukkan budaya orang setempat yang minat an cintakan ilmu.

Banyak pengalamn yang dikutip di sini. Hati kecil ini sentiasa merindui negaraku Pattani Dar al- Salam. Acheh sudah berjaya. Bila agaknya giliran negaraku...Adakah kehadiran sang tsunami juga yang akan membawa sirna kebahagiaan kepada kami...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS