Container Icon

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menanti jawapan istikharah


Malam ini penantian diteruskan
Tiada pergantungan  yang benar kecuali pada Sang Pemutus
Kosong minda meskipun berselirat kulitnya
Basah kulit tanda penyucian menghadap meminta sebuah jawapan
Jiwa menangis meneroka mencari kepastian
bibir terus bergerak semakin kuat dan kuat
arah mana yang benar, jalan mana yang cerah, 
kiambang bertaut di mana

putus asakah jiwa pada penantian ini
Akal dan istikharah bertembung
Sujud lagi sujud lagi...
Akal ketawa sinis
Penantian apa yang diharapkan dari sebuah istikharah
Kesalkah jiwa pada penantian ini
Sujud lagi sujud lagi...

Hati hitam akal syirik
penantian apa yang kau nampak
jiwa mana yang dapat meneka
hati hitam akal syirik
bibir bergerak lagi semakin kuat
Pedih mata basah mencari sebuah jawapan istikharah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sabar, rancang, bangkit 2015

Ketika penghujung tahun 2014, dan awal 2015, tajuk inilah yang saya banyak bincangkan dalam cermah, latihan dan penulisan. Banyak soalan yang ditanyakan kepada saya terutamanya berkaitan kegusaran mereka terhadap kewangan keluarga mereka. Maklumlah 2015 menyaksikan kedudukan ekonomi negara yang tidak stabil. Ramai juga di kalangan kawan-kawan saya yang sedang menunggu keputusan syarikat samaada diteruskan kerja atau tidak. Malah dalam satu surat yang saya dapat, suaminya sudah putus asa kerna sudah 5 tahun menganggur. Pedihnya hidup.

Walaupun dalam musibah yang bagaimanapun, bertahanlah dengan cinta Allah. Tips untuk kembali bangkit.

1. Sabar, sabar dan sabar(formula ustaz muhammad Abdullah al amin hu hu)
Sabar dalam melakukan suruhan Allah tidak kiralah dalam apa keadaan sekalipun.
Sabar dalam meninggalkan larangan Allah walaupun desperate. No to maksiat
Sabar untuk terus istiqamah melakukan kerja Allah

2. Susun  kembali hidup
Susun pendapatan dan perbelanjaan. Cuba timbang2. Mana yang banyak? Masuk atau keluar. Kalau keluar, keluar ke mana? Zakat pula bagaiman? hello2
Susun kembali keluarga. Mana suami, isteri anak2, dan jangan lupa ibu bapa. Restu ibu bapa penting.
Susun kembali hidup agar kembali pada Quran dan sunnah. Agama tidak cukup belajar tetapi hidup beragama yang dituntut

3. Rancang dengan apa yang ada
Rancang dengan kepercayaan penuh kepada qadha dan qadar Allah
Usaha milik kita, hasil milik Allah tapi Allah maha adil
Biar sedikit tapi berkat, Biar banyak tapi berkat
Jangan dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

4. Bangkit dengan semangat iman, ilmu dan amal
Bila sudah bergerak, jangan toleh ke belakang
Kalau sudah ketinggalan, cuba untuk lari.
Kalau penat boleh berehat tapi jangan naik lemak akhirnya lalai dan leka
Abaikan perkara yang remeh kerana kerja Allah tidak pernah remeh

5. Doa dan tawakkal



6. Tips terakhir
Berkawanlah dengan orang yang berjaya dunia akhirat
baca dan tengoklah cerita orang berjaya
Peminat kpop jangan lupa tengok cerita BIGMAN dan MIESANG(no cinta2)
Belajar menjadi seperti Nabi Muhammad SAW, gigih, tabah, kuat bekerja dan berjihad sehingga titisan darah terakhir...
AYUH SEMANGAT 2015




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

FORMULA MUDAH MENGIRA HAID

Terlampau banyak persoalan yang saya terima tentang pengiraan haid. Di sini saya bentangkan formula mudah.
1. Kenalpasti haid sendiri.
- caranya; kenali kitaran haid sendiri, kebiasaan keluar warna dan symptom2
-haid dpt dikenali melalui warna dan sifat darah, kitaran darah yang biasa keluar, tarikh kebiasaan
-Sekiranya ia keluar berbeza daripada kebiasaan, maka kenalpasti puncanya.
Contohnya: biasanya keluar 7 hari tetapi pada bulan tersebut 5 hari. Setelah dikenalpasti punca, maka ternyata ia adalah haid kerana perbezaan berlaku disebabkan faktor stress.
- Penyelasaian simple:
***Biasanya datang 7 hari, tetapi pada bulan tersebut(mei), ia datang 5 hari= Oleh itu, dia boleh tunggu 2 hari untuk kepastian. Sekiranya tamat 7 hari, maka dia hendaklah mandi wajib dan telah suci.
Sekiranya ia berulang lagi pada bulan jun, maka dia boleh mengulang cara yang sama
Sekiranya ia berulang pada bulan Julai, maka dia sudah tidak perlu tunggu kerana bila sudah kali ke 3 berulang cara yang sama, maka ia bermakna kitaran haidnya sudah berubah kebiasaannya.


2. Ikut formula majoriti masyarakat(berdasarkan mazhab)
Sekiranya tidak dapat dikenalpasti haid atau tidak, maka ketika itu boleh menggunakan kaedah majoriti. Kalau mengikut mazhab Shafiee, tempoh haid dan suci ialah 15 hari 15 malam.

Contohnya dalam kes keluar haid bagi pesakit fibroid. Ia keluar tidak berhenti2 dan sukar untuk memastikan jenis darah yang keluar. oleh itu banyak mana dan lama mana pun ia keluar maksimumnya tetap 15 hari. hari selebihnya dikira istihadhah.

Dalam kes yang darahnya keluar berhenti-henti pula, cara pengiraannya guna kaedah yang sama juga.
Contohnya. Datang 2 hari berhenti 5 hari dan datang balik haid 10 hari kemudian. Oleh itu cara pengiraannya ialah:

1-2 hari= haid
3-7 hari = suci tetapi ia dikira haid menurut mazhab shafii kerana tempoh sucinya tidak sampai 15 hari
8-17 hari= hari 8-15 hari (haid), 16-17 hari(istihadhah)
Oleh itu, 1-15 hari tempoh haid walaupun di tengah2nya haid berhenti dan selepas itu tempoh istihadhah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

JIWA SEPI



Sepinya terasa di sini
Ku dengar teman berkata-kata tapi kalamnya tidak berbutir
Ku dengar tawa teman tapi tawanya hilang tidak kedengaran
Ku dengar tangisan teman tapi ia hilang ditelan kesepian
Ku ingin mendengar semuanya tetapi jiwaku sepi untuk mendengar

Aku berkata-kata tetapi kalamku tidak dipedulikan
Aku ketawa memujuk rasa tetapi tawaku juga tiada siapa yang perasan
Aku menangis minta simpati tetapi tangisku tiada erti
Aku cuba melawan sepi ini tetapi ternyata sepi juga milikku

Bukan aku tak cinta
Bukan aku tak sayang
Bukan aku tak setia
Tapi jiwaku sepi
Sudah lama tidak terasa hikmah ukhuwwah
Menghulur ukhuwwah yang tidak bersambut
Sepinya hidup ini menghulur kasih pada yang tidak abadi

Tulisan asli: Asmak Husin(15/1/2014)




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS