Menanti jawapan istikharah
Malam ini penantian diteruskan
Tiada pergantungan yang benar kecuali pada Sang Pemutus
Kosong minda meskipun berselirat kulitnya
Basah kulit tanda penyucian menghadap meminta sebuah jawapan
Jiwa menangis meneroka mencari kepastian
bibir terus bergerak semakin kuat dan kuat
arah mana yang benar, jalan mana yang cerah,
kiambang bertaut di mana
putus asakah jiwa pada penantian ini
Akal dan istikharah bertembung
Sujud lagi sujud lagi...
Akal ketawa sinis
Penantian apa yang diharapkan dari sebuah istikharah
Kesalkah jiwa pada penantian ini
Sujud lagi sujud lagi...
Hati hitam akal syirik
penantian apa yang kau nampak
jiwa mana yang dapat meneka
hati hitam akal syirik
bibir bergerak lagi semakin kuat
Pedih mata basah mencari sebuah jawapan istikharah
Sabar, rancang, bangkit 2015
Ketika penghujung tahun 2014, dan awal 2015, tajuk inilah yang saya banyak bincangkan dalam cermah, latihan dan penulisan. Banyak soalan yang ditanyakan kepada saya terutamanya berkaitan kegusaran mereka terhadap kewangan keluarga mereka. Maklumlah 2015 menyaksikan kedudukan ekonomi negara yang tidak stabil. Ramai juga di kalangan kawan-kawan saya yang sedang menunggu keputusan syarikat samaada diteruskan kerja atau tidak. Malah dalam satu surat yang saya dapat, suaminya sudah putus asa kerna sudah 5 tahun menganggur. Pedihnya hidup.
Walaupun dalam musibah yang bagaimanapun, bertahanlah dengan cinta Allah. Tips untuk kembali bangkit.
1. Sabar, sabar dan sabar(formula ustaz muhammad Abdullah al amin hu hu)
Sabar dalam melakukan suruhan Allah tidak kiralah dalam apa keadaan sekalipun.
Sabar dalam meninggalkan larangan Allah walaupun desperate. No to maksiat
Sabar untuk terus istiqamah melakukan kerja Allah
2. Susun kembali hidup
Susun pendapatan dan perbelanjaan. Cuba timbang2. Mana yang banyak? Masuk atau keluar. Kalau keluar, keluar ke mana? Zakat pula bagaiman? hello2
Susun kembali keluarga. Mana suami, isteri anak2, dan jangan lupa ibu bapa. Restu ibu bapa penting.
Susun kembali hidup agar kembali pada Quran dan sunnah. Agama tidak cukup belajar tetapi hidup beragama yang dituntut
3. Rancang dengan apa yang ada
Rancang dengan kepercayaan penuh kepada qadha dan qadar Allah
Usaha milik kita, hasil milik Allah tapi Allah maha adil
Biar sedikit tapi berkat, Biar banyak tapi berkat
Jangan dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.
4. Bangkit dengan semangat iman, ilmu dan amal
Bila sudah bergerak, jangan toleh ke belakang
Kalau sudah ketinggalan, cuba untuk lari.
Kalau penat boleh berehat tapi jangan naik lemak akhirnya lalai dan leka
Abaikan perkara yang remeh kerana kerja Allah tidak pernah remeh
5. Doa dan tawakkal
6. Tips terakhir
Berkawanlah dengan orang yang berjaya dunia akhirat
baca dan tengoklah cerita orang berjaya
Peminat kpop jangan lupa tengok cerita BIGMAN dan MIESANG(no cinta2)
Belajar menjadi seperti Nabi Muhammad SAW, gigih, tabah, kuat bekerja dan berjihad sehingga titisan darah terakhir...
AYUH SEMANGAT 2015
FORMULA MUDAH MENGIRA HAID
Terlampau banyak persoalan yang saya terima tentang pengiraan haid. Di sini saya bentangkan formula mudah.
1. Kenalpasti haid sendiri.
- caranya; kenali kitaran haid sendiri, kebiasaan keluar warna dan symptom2
-haid dpt dikenali melalui warna dan sifat darah, kitaran darah yang biasa keluar, tarikh kebiasaan
-Sekiranya ia keluar berbeza daripada kebiasaan, maka kenalpasti puncanya.
Contohnya: biasanya keluar 7 hari tetapi pada bulan tersebut 5 hari. Setelah dikenalpasti punca, maka ternyata ia adalah haid kerana perbezaan berlaku disebabkan faktor stress.
- Penyelasaian simple:
***Biasanya datang 7 hari, tetapi pada bulan tersebut(mei), ia datang 5 hari= Oleh itu, dia boleh tunggu 2 hari untuk kepastian. Sekiranya tamat 7 hari, maka dia hendaklah mandi wajib dan telah suci.
Sekiranya ia berulang lagi pada bulan jun, maka dia boleh mengulang cara yang sama
Sekiranya ia berulang pada bulan Julai, maka dia sudah tidak perlu tunggu kerana bila sudah kali ke 3 berulang cara yang sama, maka ia bermakna kitaran haidnya sudah berubah kebiasaannya.
2. Ikut formula majoriti masyarakat(berdasarkan mazhab)
Sekiranya tidak dapat dikenalpasti haid atau tidak, maka ketika itu boleh menggunakan kaedah majoriti. Kalau mengikut mazhab Shafiee, tempoh haid dan suci ialah 15 hari 15 malam.
Contohnya dalam kes keluar haid bagi pesakit fibroid. Ia keluar tidak berhenti2 dan sukar untuk memastikan jenis darah yang keluar. oleh itu banyak mana dan lama mana pun ia keluar maksimumnya tetap 15 hari. hari selebihnya dikira istihadhah.
Dalam kes yang darahnya keluar berhenti-henti pula, cara pengiraannya guna kaedah yang sama juga.
Contohnya. Datang 2 hari berhenti 5 hari dan datang balik haid 10 hari kemudian. Oleh itu cara pengiraannya ialah:
1-2 hari= haid
3-7 hari = suci tetapi ia dikira haid menurut mazhab shafii kerana tempoh sucinya tidak sampai 15 hari
8-17 hari= hari 8-15 hari (haid), 16-17 hari(istihadhah)
Oleh itu, 1-15 hari tempoh haid walaupun di tengah2nya haid berhenti dan selepas itu tempoh istihadhah
JIWA SEPI
Sepinya terasa di sini
Ku dengar teman berkata-kata tapi kalamnya tidak berbutir
Ku dengar tawa teman tapi tawanya hilang tidak kedengaran
Ku dengar tangisan teman tapi ia hilang ditelan kesepian
Ku ingin mendengar semuanya tetapi jiwaku sepi untuk mendengar
Aku berkata-kata tetapi kalamku tidak dipedulikan
Aku ketawa memujuk rasa tetapi tawaku juga tiada siapa yang perasan
Aku menangis minta simpati tetapi tangisku tiada erti
Aku cuba melawan sepi ini tetapi ternyata sepi juga milikku
Bukan aku tak cinta
Bukan aku tak sayang
Bukan aku tak setia
Tapi jiwaku sepi
Sudah lama tidak terasa hikmah ukhuwwah
Menghulur ukhuwwah yang tidak bersambut
Sepinya hidup ini menghulur kasih pada yang tidak abadi
Tulisan asli: Asmak Husin(15/1/2014)
Bumi Acheh, bumi keinsafan
Seusai lawatan ke ACHEH
Hari pertama aku menjejakkan kaki ke bumi Acheh, terasa seperti pulang ke kampung sendiri. Cara berpakaian, suasana mirip kampungku Pattani. Oleh kerana kehadiran kali ini lebih kpd lawatan kerja, maka hari pertama dihabiskan dengan ronda2 sekitar kesan tsunami. Antara tempat yang dilawati, kapal apung yang terlantar atas rumah, kapal generator eletrik seberat 600 tan yang telah terangkat ke darat dan tak mungkin kembali lagi ke tempat asal, muzium tsunami yang Islamik. dll.
Lawatan kerja kali ini adalah sempena jejak manuskrip yang
dilakukan oleh Pusat kajian Manuskrip, CITU, UITM, Shah Alam. Seramai
28orang termasuk 4 kanak2 menyertai lawatan ini.
Ia adalah satu perjalanan yang menginsafkan, melihat kesan tsunami setinggi 15km yang telah membadai dan menghancurkan rumah serta memakan korban sekitar 250000 orang dalam sekelip mata shaja. Aku tidak dapat membayangkan andainya aku berada di situ. Dapatkah aku survive? mampukah aku bertaubat?
Mengikut cerita salah seorang supir kami, boy, hanya dia seorang yang survive dalam tsunami tersebut. Ketika kejadian, beliau dan ahli keluarga berteduh di masjid, tapi kemudiannya air deras datang dan menghanyutkan semua orang. Ketika itu, dia yakin itu adalah saat kiamat. Kemudiannya dia pengsan ketika digulung air tsunami. Apabila berada di atas gulungan tersebut, dia tersedar dan memandang ke arah langit. Ketika itu, dia sedar itu bukan tsunami, barulah dia berusahamenyelamatkan diri. Tapi setelah semuanya selesai, semua ahli keluarga termasuk isteri dan anaknya meninggal dunia. Hampir setahun beliau trauma dan hampir gila. Dia sangat rapat dengan kami, sehinggakan bila ingin berpisah pada hari terakhir, dia begitu sedih sekali dan bergenang air mata.
Seorang lagi supir kami, saya tak ingat namanya, menyelamatkan diri dengan berpegang di pokok assam. Dia berada di atas pokok berjam lamanya kerana tak berani turun. pak Fikri, agent travel kami pula, berjaya menyelamatkan diri dengan berlari dan memanjat belakang lori. Lori tersebut tidak terbalik kerana terlampau ramai orang di atasnya. Kerana itu, dia selamat.
Lagi kisah tsunami... salah seorang anggota rombongan kami telah diamanahkan oleh ayah mertuanya yang tidak percaya bahawa air tsunami tidak memasuki masjid raya baiturrahman. lalu beliau telah berjumpa dengan siak masjid untuk memastikan kesahihan cerita tersebut. subhanallah... kebenarannya ketika kejadian tsunami, tidak setitikpun air tsunami masuk ke atas lantai masjid. air di luar pagar sangat deras, menghanyutkan pelbagai sampah sarap. Tetapi ia menjadi perlahan apabila masuk perkarangan masjid.
Subhanallah... sebenarnya dahulu ketika zaman kegemilangan Acheh pada abad 16 selepas tamadun Melaka, masjid baiturahman, Acheh merupakan pusat pengajian ilmu. Di sekeliling masjid tersebut ada 16 fakulti termasuk dar al-harb, iaitu fakulti peperangan. Begitulah lazimnya fungsi masjid ketiga zaman kegemilangan Islam.
Baiklah kita terus beralih kpd hari kedua. Sehari kami berseminar di IAIN(Institut Agama Islam ar-Raniri, Banda Acheh). Pelbagai isu dikupas berakaitan manuskrip. Jelasnya Acheh mempunyai banyak peminat manuskrip. di sana ada library persendirian yang mengumpulkan manuskrip. menurut pemerhatian aku, Malaysia tidak mempunyai budaya tersebut. Satu lagi pengajaran yang diperolehi, jauh sekali perbezaan pensyarah di sana dengan pensyarah kita. Mereka betul-betul menumpukan kepada pengkayaan akademik. mungkin faktor kesusahan hidup, perjuangan Islam dll.
Sebenarnya ACHEH berbeza dengan Indonesia lain. Mereka telah berjuang sekian lama menuntut kemerdekaan atau kuasa autonomi dari Indonesia. Masyarakat di sini terdiri daripada pelbagai bangsa. Ada yang mengatakan ACHEH adalah akronim kpd A-Arab, C-Cina, E-Eropah, H-Hindia. Justeru masyarakat di sini juga ada pengaruh pelbagai bangsa malah ada yang berMATA BIRU. Masyarakat Acheh suka berniaga dan tinggi semangat keislaman. Sebelum tsunami, mereka hidup tidak aman, seperti Pattani sekarang. Kejadian tembak berlaku hampir setiap hari. Tetapi takdir Allah, selepas tsunami, GAM(GErakan ACheh Merdeka) telah berdamai dengan kerajaan Indonesia. Dalam beberapa pilihanraya yang dilakukan setakat ini GAM telah menguasai pentadbiran Acheh. Pada hari ini, Acheh telah mendapat kuasa autonomi. Mereka juga menjalankan undang2 Islam walaupun tidak sepenuhnya. Mereka masih lagi mengambil pendekatan lembut. Bidangkuasa undang2 Islam ialah khalwat, judi dan arak. hukumannya antara 8-20 sebatan yang dilakukan di hadapan orang ramai. Setelah hampir sepuluh tahun, sukar untuk mencari orang judi ayam, kerana mereka takut dan malu disebat di depan orang ramai.
Indahnya susana syariat di Acheh. Pengalaman aku sendiri bersama kawan2 perempuan yang lain berjalan untuk shopping cenderamata sekitar 10 malam. Keadaannya sungguh selamat, tidak ada pencopet, pengacau dll. Malah ketika kami setiap pagi berjalan kaki untuk solat subuh di masjid baiturrahman dari hotel, aku sempat melihat perempuan berjalan dengan selamatnya seorang diri.
Di sebelah petangnya, selepas seminar, kami menuju ke pesantren Tanah ABe untuk melihat sendiri manuskrip yang dikumpulkan secara persendirian di sana. caranya sangat tradisional. manuskrip disimpan dalam envelope dan diletakkan cengkih dan lada hitam untuk preserve manuskrip tersebut. Bila tiba disini, aku teringat, ketika aku ke Qum, Iran. Di sana ada lebih kurang 20000 library persendirian. Ia menunjukkan budaya orang setempat yang minat an cintakan ilmu.
Banyak pengalamn yang dikutip di sini. Hati kecil ini sentiasa merindui negaraku Pattani Dar al- Salam. Acheh sudah berjaya. Bila agaknya giliran negaraku...Adakah kehadiran sang tsunami juga yang akan membawa sirna kebahagiaan kepada kami...
Manusia Mahasiswa
Teringat satu ketika dahulu, semasa di tingkatan 5. Pernah seorang ustaz- Ustaz Wan Adli- memberi nasihat kepada kami tentang kategori pelajar di universiti. Sehingga hari ini, nasihat tersebut menjadi panduan yang sungguh berguna dalam hidup. Berdasarkan nasihat tersebut, saya menjadi seorang yang lebih bersedia melangkah ke alam universiti dan membantu saya membina karakter akademik yang ada pada diri saya hari ini.
Katanya:
...... Kamu semua ingat apabila menjejakkan kaki ke universiti, ada beberapa kategori manusia yang kamu akan jumpa.
SATU: kaki buku. kaki buku ni ada dua jenis. satu jenis yang sangat suka membaca buku tetapi bukunya hanya terhad sekitar buku pelajaran dan sangat exam-oriented. Jenis yang lain pula ialah yang suka membaca buku tetapi tidak ada batasan. Mereka ini tidak suka menumpu kepada satu-satu subjek tetapi akan mengkaji dan menelaah mengikut minat masing-masing. Kategori ini biasanya agak tertutup pemikirannya terutama jenis pertama. Bukannya bermakna mereka tidak cerdik. Mereka sangat cerdik tetapi sangat bookish. Biasanya tidak tahu bergaul dan tidak terdedah kepada kemahiran untuk hidup. Perbezaan antara jenis pertama dan kedua. Jenis kedua lebih matang dan flexible manakala jenis kedua biasanya kurang kreatif dan sukar untuk adapt dengan suasana sekeliling.
DUA: kaki persatuan. Ini kategori pelajar yang sangat minat dalam bidang kepimpinan. Mereka ini orang yang terdedah kepada dunia organisasi, mempunyai kemahiran komunikasi yang sangat baik dan tahap self-esteem yang tinggi. Cuma kadang-kadang mereka ni terlampau seronok berpersatuan sehinggakan kadang-kadang pelajaran terabai.
TIGA: kaki bisnes. Ini golongan yang bijak mengambil peluang. Majoriti belajar hanya untuk ilmu bukan kerana sijil. Biasanya mereka sangat suka kepada perkara yang boleh menghasilkan DUIT dan kebanyakan daripada mereka lebih matang daripada kategori lain
EMPAT: kaki hobi atau saya suka panggil kaki huha huha. Ini kategori yang paling ramai. mereka terdiri daripada pelbagai kumpulan yang mempunyai gaya dan budaya belajar yang tersendiri. Kumpulan ini paling mudah dipengaruhi samaada pengaruh negatif atau positif. Mereka membentuk kumpulan masing-masing samaada kumpulan lepak, kumpulan band, kumpulan yang games addicted, kaki melaram, kaki makan, kaki bual dll. Kumpulan ini perlu berhati-hati kerana kalau tidak kena gaya, akan hanyut dalam dunia yang tidak berfaedah. Akhirnya pelajaran ke mana, ilmu ke mana, hidup ke mana...
Agak-agaknyalah kategori mana yang akan menjadi manusia yang paling cemerlang...
Semuanya terpulang kepada bagaimana setiap pelajar mengenal potensi dalam setiap kategori danmenterjemahkan dalam kehidupan realiti. Bagi saya sendiri, saya tidak suka untuk terikat dalam mana-mana kategori. Saya bermula dengan kategori SATU jenis kedua, diadunkan sedikit dengan kategori DUA dan semasa mula menginjak ke tahun-tahun akhir pengajian, saya mula berjinak-jinak dengan kategori KETIGA. Tapi sehingga hari ini kategori SATU jenis kedua yang paling dominan.
Saya berpandangan untuk berjaya di dunia dan akhirat, mesti bijak mengadunkan karakter manusia yang kita impikan berdasarkan kelebihan yang ada pada kesemua kategori. Minda yang bebas harus bijak menentukan perjalanan hidup sendiri. Bukankah Allah juga menegaskan perkara demikian di dalam al-Quran. Sesuatu kaum hanya akan berubah atas usahanya. Kita adalah apa yang kita fikirkan.