Container Icon

Mafia dalam dunia akademik

Suatu ketika, seorang pakar dalam bidang Islamic finance, Humayun Dar pernah berkata "Achademic world is mafia". Semasa mendengar kata-kata tersebut, saya tidak memahami sepenuhnya. Setelah beberapa ketika menyelami bidang akademik, saya mula mengerti. Rupa-rupanya dunia akademik juga seperti dunia perniagaan. Masing-masing berusaha sedaya upaya untuk menegakkan pucuk masing-masing. Apa saja cara perlu dibuat agar pucuk dapat bernafas dan pucuk kitalah yang paling tinggi.

Anehnya yang terlibat adalah para akademik yang selayaknya menjadi pendokong kepada pembinaan tamadun manusia. Di dalam Islam, mereka adalah cendikiawan yang digelar golongan ulama'.Ulama' tidak hanya fokus kepada cendikiawan di dalam bidang agama sahaja tetapi merangkumi pakar dalam semua bidang. Berkaitan dengan ulama', Rasulullah pernah menyebut di dalam hadis yang berbunyi: ulama' warasatul anbiya'(ulama' adalah pewaris nabi). Layakkah seorang ulama aka cendikiawan aka ahli akademik untuk menjadi pewaris nabi sekiranya niat dan cara yang dilakukan songsang?

Secara umumnya, untuk menjadi pewaris nabi, mengenali Nabi Muhammad SAW sangat penting.Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq manusia. Justeru akhlaq nabi adalah umpama al-Quran berjalan. Sifat-sifat asas yang ada pada baginda ialah amanah, sidq, tabligh dan fatanah. Dari sudut ilmu, baginda bertanggungjawab menyampaikan wahyu Allah kepada manusia sekaligus mendidik manusia memahami tujuan penciptaan manusia melalui kata-kata mahupun melalui manifestasi sikap baginda. Baginda bukan sekadar membentuk world-view manusia malah menjadi role-model yang sempurna kepada semua lapisan masyarakat.

Perincian di atas adalah ciri-ciri yang sepatutnya ada pada setiap ahli akademik. Namun begitu, pada hari ini, ahli akademik juga berlumba-lumba mengejar nama dan pangkat melalui cara yang salah. Ketelusan idea di kalangan ahli akademik menjadi menjadi isu besar pada hari ini. Kemalasan dan kelesuan berfikir menyebabkan sindrom menciplak idea semakin menjadi-jadi. Mengaku idea orang lain sebagai idea sendiri, mengarahkan orang bawahan untuk untuk meletakkan nama di dalam penulisan walaupun tiada sumbangan, menterjemah hasil kerja orang lain ke dalam bahasa lain tanpa sedikitpun penghargaan kepada penulis asal, penyelia meletakkan nama sendiri sebagai penulis pertama dalam penerbitan semula tesis ke buku dan lain-lain lagi.

Kesemua perbuatan di atas adalah contoh perilaku mafia yang berlaku dalam dunia akademik. Oleh itu, layakkah ahli akademik yang terlibat mewarisi tugas seorang nabi???

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

abu_syakir said...

Saya amat sokong kenyataan Puan Asmak. Fenomena mencari nama di bawah keringat orang lain sudah menjadi-jadi dan berlaku dalam bidang akademik.
Bagi yang mencari nama, kembalilah kepada prinsip yang dipegang oleh keempat-empat pengasas Mazhab Fiqh.
1. Tidak semestinya pandangan aku betul dan dia salah. Boleh jadi dia betul aku salah.
2. Memberi alternatif pakar rujukan walaupun mampu menjawab "Adalah lebih baik saudara merujuk kepada ulama sekian-sekian kerana dia lebih alim dalam bahagian ini".
3. Integriti sebuah ilmu yang diperolehi penting. Tidak jatuh maruah sekiranya menceritakan aku memperolehi ilmu ini dari si polan.
Sekadar luahan, mungkin tidak ada kaitan.

n@jd0rf said...
This comment has been removed by the author.
n@jd0rf said...

Setuju.

http://iiumchessmaster.blogspot.com/

Mohd Afendi Mat Rani said...

Ana dah Alami semua itu n Diingatkan sbl jd lecturer oleh mereka yg ikhlas dgn ilmu Allah. Jgn kita jd kuda tunggangan dlm Dunia academic

Post a Comment