Container Icon

Manusia Mahasiswa

Teringat satu ketika dahulu, semasa di tingkatan 5. Pernah seorang ustaz- Ustaz Wan Adli-  memberi nasihat kepada kami tentang kategori pelajar di universiti. Sehingga hari ini, nasihat tersebut menjadi panduan yang sungguh berguna dalam hidup. Berdasarkan nasihat tersebut, saya menjadi seorang yang lebih bersedia melangkah ke alam universiti dan membantu saya membina karakter akademik yang ada pada diri saya hari ini.

Katanya:
...... Kamu semua ingat apabila menjejakkan kaki ke universiti, ada beberapa kategori manusia yang kamu akan jumpa.

SATU: kaki buku. kaki buku ni ada dua jenis. satu jenis yang sangat suka membaca buku tetapi bukunya hanya terhad sekitar buku pelajaran dan sangat exam-oriented. Jenis yang lain pula ialah yang suka membaca buku tetapi tidak ada batasan. Mereka ini tidak suka menumpu kepada satu-satu subjek tetapi akan mengkaji dan menelaah mengikut minat masing-masing. Kategori ini biasanya agak tertutup pemikirannya terutama jenis pertama. Bukannya bermakna mereka tidak cerdik. Mereka sangat cerdik tetapi sangat bookish. Biasanya tidak tahu bergaul dan tidak terdedah kepada kemahiran untuk hidup. Perbezaan antara jenis pertama dan kedua. Jenis kedua lebih matang dan flexible manakala jenis kedua biasanya kurang kreatif dan sukar untuk adapt dengan suasana sekeliling.

DUA: kaki persatuan. Ini kategori pelajar yang sangat minat dalam bidang kepimpinan. Mereka ini orang yang terdedah kepada dunia organisasi, mempunyai kemahiran komunikasi yang sangat baik dan tahap self-esteem yang tinggi. Cuma kadang-kadang mereka ni terlampau seronok berpersatuan sehinggakan kadang-kadang pelajaran terabai.

TIGA: kaki bisnes. Ini golongan yang bijak mengambil peluang. Majoriti belajar hanya untuk ilmu bukan kerana sijil. Biasanya mereka sangat suka kepada perkara yang boleh menghasilkan DUIT dan kebanyakan daripada mereka lebih matang daripada kategori lain

EMPAT: kaki hobi atau saya suka panggil kaki huha huha. Ini kategori yang paling ramai. mereka terdiri daripada pelbagai kumpulan yang mempunyai gaya dan budaya belajar yang tersendiri. Kumpulan ini paling mudah dipengaruhi samaada pengaruh negatif atau positif. Mereka membentuk kumpulan masing-masing samaada kumpulan lepak, kumpulan band, kumpulan yang games addicted, kaki melaram, kaki makan, kaki bual dll. Kumpulan ini perlu berhati-hati kerana kalau tidak kena gaya, akan hanyut dalam dunia yang tidak berfaedah. Akhirnya pelajaran ke mana, ilmu ke mana, hidup ke mana... 

Agak-agaknyalah kategori mana yang akan menjadi manusia yang paling cemerlang...
Semuanya terpulang kepada bagaimana setiap pelajar mengenal potensi dalam setiap kategori danmenterjemahkan dalam kehidupan realiti. Bagi saya sendiri, saya tidak suka untuk terikat dalam mana-mana kategori. Saya bermula dengan kategori  SATU jenis kedua, diadunkan sedikit dengan kategori DUA dan semasa mula menginjak ke tahun-tahun akhir pengajian, saya mula berjinak-jinak dengan kategori KETIGA. Tapi sehingga hari ini kategori SATU jenis kedua yang paling dominan.

Saya berpandangan untuk berjaya di dunia dan akhirat, mesti bijak mengadunkan karakter manusia yang kita impikan berdasarkan kelebihan yang ada pada kesemua kategori. Minda yang bebas harus bijak menentukan perjalanan hidup sendiri. Bukankah Allah juga menegaskan perkara demikian di dalam al-Quran. Sesuatu kaum hanya akan berubah atas usahanya. Kita adalah apa yang kita fikirkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

~albazrah~ said...

Assalamualaikum Kak Asmak, dikma ni... masih di sudan. Insya Allah balik disember nanti. Kak asmak dah habis tesis.

Kak Asmak di uitm ke? Nanti kalau balik malaysia rasa nak jumpa kak asmak,banyak nak share n discuss.

Fi amanillah.

Bidadari Besi said...

Assalamualaikum,ustazah.:)

Sayabaru sja tengok Tanyalah Ustazah tadi. Tidak sangkakita berkongsinama yg sama.

Saya, Asma'Hussin.juga seorang blogger.
pelajar tingkatan 5,sedangmenduduki spm yg akan tamat5 dis.

Salamperkenalan ustazah.Moga saya diberikan kefakihan agama seperti ustazah.:)

Aja Dawam said...

Assalamualaikum Ustazah,

Bagaimana jika saya ingin menghubungi Ustazah? Boleh saya dapatkan alamat email Ustazah? Ada sesuatu perkara kerjasama yang ingin saya bincang bersama Ustazah. Harap mendapat maklumbalas Ustazah.

Asmak Husin said...

ni alamat email saya fursansoleh@gmail.com

Post a Comment