Sejak daripada zaman saya di universiti, saya
sering mempunyai pandangan yang agak sinis terhadap islamisasi Ilmu. Ternyata
pada hari ini, kesan negatif mula nampak sedikit demi sedikit. Dalam bahasa yang lebih mudah, islamisasi
ilmu berlaku dengan mengintegrasikan ilmu agama dan bukan agama. Pendekatan ini
dilakukan dengan harapan untuk menghasilkan para profesional yang bukan saja
mahir dalam bidang masing-masing tetapi menguasai ilmu agama. Namun begitu, ilmu
Islam sebenarnya bukan berkisar kepada ilmu akidah, syariah dan akhlaq
semata-mata, bahkan turut merangkumi
semua ilmu-ilmu yang diistilahkan oleh sekularis sebagai ilmu dunia.
Contohnya, kita tidak boleh mengatakan ilmu Islam dinilai tambah dengan ilmu
arkitek Barat dianggap sebagai seorang arkitek Islam. Begitu juga seorang yang
menggabungkan ekonomi Barat dan Shariah Islam digelar sebagai ahli ekonomi
Islam.
Persoalan yang timbul hari ini, kenapa graduan
yang dilahirkan dari system islamisasi ilmu tidak dapat mencernakan ilmu yang
dipelajari dengan konsep holistik ilmu Islam?
Contohnya, peguam yang mempunyai ijazah Syariah dan undang-undang sivil,
kelihatan sangat mahir dalam bidang perundangan tetapi masih tidak dapat
mencernakan kesyumulan Islam dalam keseluruhan cara hidupnya terutama dari
aspek iman dan akhlaq?.
Pengalaman saya sendiri semasa di universiti
dahulu, saya dapati pelajar agama yang dihasilkan berbeza-beza mengikut
pendekatan universiti masing-masing. Maafkan saya sekiranya pandangan tidak
dipersetujui ramai.
Pelajar UM biasanya lebih mahir dan mendalam
dalam ilmu-ilmu asas Islam (Islamic fundamental). Mereka terdedah dari awal
dengan falsafah ilmu. Dididik agar sentiasa terdedah dengan pelbagai aliran
pemikiran dan buku rujukan utama setiap ilmu, namun mereka menghadapi masalah
bahasa, ketrampilan dan adaptasi kontemporari. Lebih ‘asyik’ dengan dunia akademik
yang tersendiri.
Pelajar UIA pula lebih berktrampilan dan fasih
mult-bahasa namun mereka menghadapi masalah dengan dasar dan asas ilmu. Ini
kerana mereka terdedah dengan konsep islamisasi ilmu. Lebih banyak belajar
teknik, kesan dan proses ilmu tanpa terdedah kepada falsafah ilmu itu sendiri.
Hasil
daripada canaian yang berbeza, kekosongan ilmu Islam wujud dalam kedua-dua
system. Kegagalan ini wujud kerana kegagalan kita sendiri untuk menterjemahkan
konsep ilmu Islam dalam dunia semasa setelah sebati dengan sekularisasi system
Islam. Mungkin pada awalnya dicipta dua aliran ini untuk memenuhi keperluan
semasa dan akan ada pembaharuan yang lebih baik. Namun perubahannya tidak
ketara atau perubahan yang besar dapat dilihat.
Berkaitan dengan perkara ini saya sering
memberi komen terhadap pelajar-pelajar saya. Contohnya saya sering memberitahu
pelajar arkitek saya bahawa hari ini arkitek Islam telah dikuburkan. Mereka
belajar bidang arkitek tanpa merujuk kepada konsep arkitek dalam al-Quran dan
al-Hadis. Mereka tidak memahami unsur akidah, hukum-hukum feqah berkaitan dan persoalan akhlaq yang
sepatutnya terbit dalam tindakan, gerakkerja dan rekaan. Malah pada hari ini,
disiplin ilmu arkitek Islam tidak dikembangkan. Apa yang berlaku hanyalah
integrasi ilmu arkitek Barat dan ilmu Islam. Untuk memahami perkara ini juga,
mereka juga sepatutnya pada permulaan pengajian hendaklah didedahkan dengan
asas-asas dan teori-teori yang mendasari falsafah arkitek Barat dan membuat
perbandingan dengan asas-asas dan teori-teori yang mendasari falsafah arkitek
Islam. Lebih utama memahami falsafah Islam terlebih dahulu sebagaimana
tokoh-tokoh Islam yang menjadikan Islam sebagai teras dalam melihat dan
memahami tamadun Yunani.
0 comments:
Post a Comment