Container Icon

Kisah 1: Mentimun dan durian

Tengah sibuk marking paper di ofis, tiba2 telefon berdering. Terdengar suara seorang pelajarku yang pekat loghat kelantannya." Ustazah, boleh jumpa tak ada masalah?""boleh, datanglah ke ofis", jawabku.

Sekejap saja dua orang pelajar mucul di depan ofisku. Dengan tercungap-cungap mereka menceritakan masalah mereka. Berikut adalah kisah benar namun telah diubah situasinya kerana aspek2 keselamatan

Ketika musim peperiksaan, A telah menumpang belajar di bilik B. Setelah berhempas pulas berdikusi, B keluar sekejap untuk mencuci baju. Sambil berehat A tertidur dan di tangannya ada handset yang baru dibelinya.

Nak dijadikan cerita, hampir sejam tertidur, A terjaga. Alangkah terkejut si A apabila terjaga, handsetnya lesap tanpa dikesan. Terus dipanggil B. B mula mencari dan membuat penyiasatan sendiri.

Dipendekkan cerita, dengan bantuan kawan-kawan satu 'floor',handset ditemui bersama-sama pencurinya sekali. Apa lagi, kawan bagi satu das sepakan lembut pada si pencuri. Laporan dibuat kepada pihak kolej oleh si A.Si pencuri mengakui perbuatannya. Ingatkan ceritanya tamat di situ, tapi rupa-rupanya......

Keesokan harinya, si A dipanggil oleh ketua pengawal keselamatan kolej. " kamu ada membuat laporan kecurian semalam?" " Ya," jawab si A. " Kamu tahu siapa yang kamu tuduh semalam?". A geleng kepala." Itulah anak ketua kolej tau". " Jadi, kenapa?"" Kamu sepak dia semalam kan?""Ya, sebab saya geram tapi tak berbekas pun?"

"Ini kata dua dari saya, kalau kamu tak tarik balik report kamu, saya akan buang kamu kerana memukul orang.".....

Ooh itulah masalahnya. Rupanya pelajarku telah digertak kerana membuat laporan tentang kecurian yang dilakukan oleh anak orang besar2. Inilah hakikat kehidupan pada hari ini. Durian akan menindih mentimun bila2 dia suka. lagipun dia ada kuasa, pangkat dan wang. Ingatkan kisah ini hanya terjadi pada golongan dewasa sahaja, namun di alam belajar pun kuasa sudah digunakan. Agaknya bila report ditarik balik, si pencuri itu akan insaf dan tidak mencuri selama2nya. Namun mangsanya adalah pelajarku.

Tapi nasihatku padanya, jangan rungsing. Dunia ini bulat hari ini durian megah, tapi satu hari dia akan menjadi tempoyak. Pelajarku suatu hari nanti apabila sudah berjaya akan menjadi belia yang berjaya, mungkin lebih berjaya daripada ayah si pencuri ini dan ketua pengawal keselamatan.

Aku juga pernah mengalami situasi yang sama. Tapi kesnya lainlah sikit. Tapi takdir allah telah menentukan satu hari setelah bergelar seorang ustazah, aku bertemu kembali dengan hamba Allah yang telah menyusahkanku ketika aku bergelar mahasisiwi. Tapi situasi pertemuan kedua cukup berbeza. Kalau sebelum ini, dia pengetua kolej dan aku hanyalah siswi tahun 1, tapi dalam pertemuan kedua aku adalah ustazah yang dirujuk untuk menyelesaikan masalah rumahtangga yang dihadapinya.OOOOh bulatnya dunia!!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

~albazrah~ said...

Allah tu Maha Adil. Kak Asmak, dikma ada soalan tentang Wiladah. Dulu masa belajar, antara sebab yg mewajibkan mandi bg perempuan ialah, haid, nifas dan wiladah.

tapi akhir2 ni dikatakan mandi wiladah tidak tsabit, ada yg kata menokoh tambah. Tapi adik beradik dikma semua mandi wiladah lepas melahirkan baby. Ramai bertanya dikma, dgn hujah dan qaul yg kata tak ada. Dikma bertekad nak tanya kak asmak la...

Asmak Husin said...

sebenarnya mandi wiladah adalah wajib bagi perempuan bersalin. cuma masa nak mandi jadi pertikaian. ada yang berpendapat kena mandi terus walaupun dalam nifas. ada yang berpendapat boleh dicampurkan dengan mandi selepas suci nifas kerana ianya adalah sama. kedua-duanya mandi hadas besar. tapi k.asmak suka campurkan terus kerana keadaan orang perempuan yang masih tidak sesuai untuk mandi wiladah. lagipun walaupun selepas mandi, kita tetap tidak suci daripada hadas besar kerana kita masih dalam nifas

cik ct payung said...

salam asmak

dari blog dikma. singgah ziarah ke sini.
usaha yang sangat baik. cadangan, sediakan collum untuk post soalan. memudahkan mereka yang berhajat....

baya.

Post a Comment