Container Icon

Kitaran haidh wanita dan cara kiraannya

Ini adalah kiraan haid untuk 28 hari. bagi diri anda, perlu catatkan dan memahami setiap perubahan yang berlaku pada diri masing2

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid.
Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh . Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

shaa said...

assalamualaikum ustazah..sy ada soalan hendak ditanyakan kepda ustazah..begini, kitaran haid sy tidak stabil..sy dtg haid 9 hari kemudian 15 hari seleps itu darah keluar balik..dan berterusan slma 9 atau 10 hari..adakah itu darah haid atau darah istihadah??keadaan ini dah berterusan slma beberapa tahun sejak sy berumur 15 tahun hingga sekarang 21 tahun..sy menganggap itu darah istihadah tp sy tidak pasti kiraan sy betul atau tidak..harp ustazah dpt membantu sy..terima kasih

hayatidungun said...

Salam, ustazah, saya ada soalan nak tanya ustazah berkaitan mimpi. perlukah saya mandi wajib apabila saya mimpi melihat lelaki dan perempuan sedang bersekedudukan? dan apakah sebab-sebab dikenakan mandi wajib??

Post a Comment