sejak kecil, bila sebut komunis, terdetik di hati , mesti ganas dan jahat.
Russia biasanya akan ditampilkan dalam bentuk yang sungguh ganas. Askar Us pula ditampilkan sebagai tentera yang baik hati, rasional dan cerdik. Sejak dari kecil kita ingat komunis, perampas dan tiada agama tetapi bila dah besar, membaca, mengkaji baru rahu realiti.
Kita ni hanyalah buah catur yang dimainkan oleh beberapa kuasa besar dunia. Tanpa pemahaman dan kajian yang mendalam, kita akan terperangkap dengan pelbagai istilah yang diperkenalkan kuasa-kuasa besar. Islam juga sinonim dengan pelbagai istilah...ekstrem, fundamental dll.
Ekonomi kapitalis vs sosialis
Kapitalis: andaian manusia sentiasa mementingkan sendiri amat penting. ia adalah nadi yang memberi motivasi kepada seseorang individu untuk menjangka dan meningkatkan kebajikan ekonomi.Mereka juga beranggapan pasaran bebas lebih menjaga kebajikan negara. Dalam sistem ini, akan wujud tangan yang mengatur ekonomi dan kaki yang memijak tangan tersebut. Lalu wujudlah golongan orang yang kuat menindas golongan yang miskin. Kesannya wujud agihan ekonomi yang tidak seimbang dalam negara kapitalis
Sosialis: respon daripada situasi di atas, sosialis bertindak memiliknegarakan semua pengeluaran ekonomi dengan andaian penindasan terhadap ekonomi individu dapat dihapuskan dan kebajikan masyarakat dapat dicapai dengan lebih baik.
Sebenarnya kapitalis atau sosialis, kedua-duanya tidak berpaksi kepada ajaran Islam. Kedua-duanya menjurus kepada ketidakadilan ekonomi dalam masyarakat. Berbeza dengan ekonomi Islam.
Islam mengiktiraf hak asasi setiap individu untuk berharta dan bersaing secara bebas dalam pasaran. Perbuatan merampas dan memiliknegarakan harta tidak selari dengan syariat Islam. Tetapi individu tidak boleh bebas berkehendak semata-mata kerana konsep al-falah ditekankan iaitu kecemerlangan di dunia dan akhirat. Oleh itu, perlu memenuhi keperluan manusia, bukan memanipulasi kehendak manusia. Bukan mementingkan diri sendiri semata-mata tetapi turut mengambil kira kepentingan orang lain.
( sumber: ekonomi islam, suatu pendekatan analisis: jaafar ahmad dll)
Realiti di Malaysia, kita mengamalkan sistem kapitalis semenjak kemasukan British ke Tanah Melayu. Sistem ini telah menjadi darah daging kepada amalan ekonomi di Malaysia. Mengubah sistem ini dalam jangka masa pendek adalah mustahil. Buktinya, kita ada perbankan Islam tetapi masih bernafaskan sistem kapitalis. Nampak sangat Islamik tetapi praktisnya masih berbau kapitalis.
Oleh itu, merubah sistem memerlukan pendekatan bergenerasi. Setelah habis kesemua generasi yang berotak kapitalis, barulah sistem Islam dapat diimplementasi dalam konteks sebenar.
siapa lebih baik??
berjumpa lagi..........
lama sudah ku tak menulis dalam ruangan blog ini. nampaknya aku akan mula menukil balik. banyak pengalaman yang kulalui selama 5 bulan ini. Bulan januari 2010, bermulalah hidupku sebagai pensyarah di uitm.....
Kisah 1: Mentimun dan durian
Tengah sibuk marking paper di ofis, tiba2 telefon berdering. Terdengar suara seorang pelajarku yang pekat loghat kelantannya." Ustazah, boleh jumpa tak ada masalah?""boleh, datanglah ke ofis", jawabku.
Sekejap saja dua orang pelajar mucul di depan ofisku. Dengan tercungap-cungap mereka menceritakan masalah mereka. Berikut adalah kisah benar namun telah diubah situasinya kerana aspek2 keselamatan
Ketika musim peperiksaan, A telah menumpang belajar di bilik B. Setelah berhempas pulas berdikusi, B keluar sekejap untuk mencuci baju. Sambil berehat A tertidur dan di tangannya ada handset yang baru dibelinya.
Nak dijadikan cerita, hampir sejam tertidur, A terjaga. Alangkah terkejut si A apabila terjaga, handsetnya lesap tanpa dikesan. Terus dipanggil B. B mula mencari dan membuat penyiasatan sendiri.
Dipendekkan cerita, dengan bantuan kawan-kawan satu 'floor',handset ditemui bersama-sama pencurinya sekali. Apa lagi, kawan bagi satu das sepakan lembut pada si pencuri. Laporan dibuat kepada pihak kolej oleh si A.Si pencuri mengakui perbuatannya. Ingatkan ceritanya tamat di situ, tapi rupa-rupanya......
Keesokan harinya, si A dipanggil oleh ketua pengawal keselamatan kolej. " kamu ada membuat laporan kecurian semalam?" " Ya," jawab si A. " Kamu tahu siapa yang kamu tuduh semalam?". A geleng kepala." Itulah anak ketua kolej tau". " Jadi, kenapa?"" Kamu sepak dia semalam kan?""Ya, sebab saya geram tapi tak berbekas pun?"
"Ini kata dua dari saya, kalau kamu tak tarik balik report kamu, saya akan buang kamu kerana memukul orang.".....
Ooh itulah masalahnya. Rupanya pelajarku telah digertak kerana membuat laporan tentang kecurian yang dilakukan oleh anak orang besar2. Inilah hakikat kehidupan pada hari ini. Durian akan menindih mentimun bila2 dia suka. lagipun dia ada kuasa, pangkat dan wang. Ingatkan kisah ini hanya terjadi pada golongan dewasa sahaja, namun di alam belajar pun kuasa sudah digunakan. Agaknya bila report ditarik balik, si pencuri itu akan insaf dan tidak mencuri selama2nya. Namun mangsanya adalah pelajarku.
Tapi nasihatku padanya, jangan rungsing. Dunia ini bulat hari ini durian megah, tapi satu hari dia akan menjadi tempoyak. Pelajarku suatu hari nanti apabila sudah berjaya akan menjadi belia yang berjaya, mungkin lebih berjaya daripada ayah si pencuri ini dan ketua pengawal keselamatan.
Aku juga pernah mengalami situasi yang sama. Tapi kesnya lainlah sikit. Tapi takdir allah telah menentukan satu hari setelah bergelar seorang ustazah, aku bertemu kembali dengan hamba Allah yang telah menyusahkanku ketika aku bergelar mahasisiwi. Tapi situasi pertemuan kedua cukup berbeza. Kalau sebelum ini, dia pengetua kolej dan aku hanyalah siswi tahun 1, tapi dalam pertemuan kedua aku adalah ustazah yang dirujuk untuk menyelesaikan masalah rumahtangga yang dihadapinya.OOOOh bulatnya dunia!!!!
Kitaran haidh wanita dan cara kiraannya
Ini adalah kiraan haid untuk 28 hari. bagi diri anda, perlu catatkan dan memahami setiap perubahan yang berlaku pada diri masing2
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid.
Anda perlu memahami fasa ini.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh . Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.
Isu bertudung hak asasi wanita
Soalan: Ipar saya sentiasa mempertahankan pendapatnya bahawa bertudung adalah hak peribadi wanita. Ia adalah hak asasi wanita. Dia juga sering menimbulkan isu bahwa walaupun tidak bertudung dia banyak buat kerja kebajikan, solat dll. Ada juga yang bertudung tapi masih buat dosa lain. Apa pndapat?
Jawapan: Bertudung isu asas setiap wanita. Ia bukan hak peribadi tapi hak Allah. Tidak salah kalau tak mahu bertudung tapi syaratnya jangan di depan bukan muhrim. Ia bukan soal bertudung semata-mata tapi ia berkaitan dengan menutup aurat.
Hak asasi adalah hak individu. Betul bertudung adalah hak individu tapi sekiranya dengan tidak menutup aurat, hak-hak asasi wanita lain akan terganggu. Contohnya anak lelaki, suaminya tidak rasa selamat dan tenteram. Oleh itu, siapa yang ingin menjaga hak wanita yang telah dicerobohi itu.
Tudung bukannya tanda ketinggian akhlaq yang mutlak tapi ia adalah sebahagian daripadanya. sekurang-kurangnya masalah aurat dah selesai, seterusnya boleh menumpu pada pembinaan aspek yang lain seperti pembinaan ilmu dll. Dalam Islam hak asasi mesti dikaitkan dengan tanggungjawab iaitu bertanggungjawab menjaga hak asasi individu lain dan hak komuniti
Kentut dari Qubul
Soalan: Ramai wanita bertanya kepada saya. Sekiranya kentut keluar dari belakang(dubur) batal wudhu', tapi kalau angin seperti kentut keluar dari belah depan (qubul), adakah batal wudhu'?
Jawapan: Sekiranya dari bahagian depan tidak batal wudhu' kerana ia bukan berasal dari usus yang mengeluarkan gas hasil pencernaan makanan. tapi angin tersebut adalah hasil daripada udara yang terpeerangkap di celah-celah faraj terutama yang sudah 'loose'. Apabila ada pergerakan bangun duduk maka lubang tersebut akan terkepit dan keluar angin
Pengurusan Wanita Istihadhah
Soalan: Bagaimanakah cara penjagaan diri wanita istihadhah?
Jawapan: Penjagaannya cukup mudah.
1. 1 wudhu' untuk 1 solat fardhu dan boleh dicampur dengan ibadat sunat lain seperti mengaji dll.
2. Ambil wudhu' selepas masuk waktu.
3. Bersihkan faraj dan letakkan pad sekiranya darah keluar banyak. Yang keluar ketika sembahyang dimaafkan.
4.Boleh berjemaah sekiranya sela masa tidak panjang tapi sekiranya terpaksa menunggu lama lebih baik terus sembahyang.
5. Boleh berjima' tetapi saya nasihatkan suami kena pakai pelindung seperti kondom kerana dikhuatiri darah istihadhah tersebut boleh menyebabkan jangkitan
Haid berterusan
Soalan: Ada yang bertanya kepada saya, haid tidak berhenti, datang sedikit2 macam mana nak kira haidh?
Jawapan: tempoh haidh ialah 15 hari. tempoh suci ialah 15 hari. jadi tempoh haidh perlu dikira dari hari pertma hingga hari ke 15, 15 hari seterusnya ialah tempoh darah istihadhah. Ini adalah formula yang telah dirangka oleh Imam Shafii berdasarkan research yang telah dijalankannya terhadap majoriti wanita di zamannya.
Pada pandangan saya adalah lebih baik seorang wanita mengira sendiri kitaran haidnya. biasanya kitaran haidh antara 28-35 hari. maknanya tempoh, suci dan istihadhah berbeza mengikut nature kitaran haidh seseorang wanita. Nanti saya akan tampelkan cara pengiraan haidh untuk wanita
Wanita Keguguran
Soalan: Saya keguguran selepas 3 minggu mengandung. Setelah itu, darah keluar tidak berhenti-henti. Adakah darah saya dikira haid atau nifas?
Jawapan: Kalau sudah confirm mengangdung, maka dikira nifas, kerana proses mengandung telah bermula walaupun baru 3 minggu. Rahim juga telah memulakan persediaan untuk menampung pembesaran bayi